Menteri KPLB Nafi Lantik KP JKOA Bukan Kalangan Orang Asli

- Advertisement -

IPOH: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menafikan dakwaan wujudnya gerakan untuk memastikan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang baharu bukan daripada kalangan masyarakat Orang Asli.

Menterinya Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata kementerian tersebut sedang mengenal pasti calon-calon yang bersesuaian untuk mengisi jawatan tersebut selepas persaraan Prof Dr. Juli Edo bulan lalu.

“Isu kononnya penjawat awam melantik pengganti Ketua Pengarah adalah tidak benar kerana setakat ini proses perbincangan dan penelitian masih berjalan. Pencalonan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, Akta 134, Akta Orang Asli 1954.

“Masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi pilihan utama KPLB untuk dicalonkan sebagai Ketua Pengarah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (5)(C) untuk melantik Orang Asli untuk jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan calon tersebut tidak dibuat secara rawak tetapi berdasarkan kepakaran termasuk pengalaman yang luas dan mahir dalam aspek pentadbiran jabatan, pengurusan kewangan, pengurusan projek pembangunan dan sosioekonomi.

Selain itu, katanya, calon juga mempunyai jaringan kerjasama yang erat di antara jabatan di peringkat persekutuan dan negeri mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Abd Latiff menerusi laman Twitter rasminya semalam memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap beliau secara maya berhubung cadangan pelantikan Ketua Pengarah JAKOA yang baharu.

Terdahulu dilapor Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor mendakwa beliau menerima maklumat bahawa ada usaha dalam kalangan pegawai KPLB supaya jawatan Ketua Pengarah JAKOA itu tidak disandang oleh masyarakat Orang Asli.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat