22 Mei Ditetapkan Sebagai Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan petang Jumaat 22 Mei, bersamaan dengan 29 Ramadan 1441, sebagai tarikh untuk melihat anak bulan Syawal untuk tahun ini.

Sebanyak 15 lokasi di seluruh negara telah dipilih untuk tujuan tersebut.

Kaedah penentuan awal syawal di Malaysia adalah menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

Antara kriteria yang diguna pakai ialah:-

(a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3°.
ATAU
(b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat