Exco Kerajaan Baru Kedah Angkat Sumpah Esok

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail dijangka dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kanan kerajaan negeri Kedah yang akan mengangkat sumpah, esok.

Selain Ku Rahman, tujuh Adun Perikatan Nasional (PN) Kedah dan dua Adun Bebas iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dilaporkan akan dilantik sebagai Exco.

Difahamkan, seramai empat wakil PAS, tiga wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang wakil Umno bakal menganggotai barisan kepimpinan negeri di bawah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Tinjauan di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini mendapati kenderaan membawa Adun terbabit dilihat memasuki bangunan pentadbiran itu bagi menghadiri raptai perlantikan Exco pada 9 pagi.

Selain Muhammad Sanusi, antara yang dilihat adalah Adun Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman; Adun Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali; Adun Kupang, Datuk Najmi Ahmad dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.

Turut dilihat adalah Adun Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad; Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob.

Kesemua mereka dijadual mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang majoriti selepas 23 Adun menyatakan hilang kepercayaan ke atas beliau.

Berikutan itu, PN Kedah mula mengambil alih kerajaan negeri sebelum Muhammad Sanusi mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar, Ahad lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat