Polis Akan Ronda, Periksa Kawasan Perumahan Menjelang Aidilfitri

Rogol Anak Tiri 105 Kali, Bapa Dipenjara 1,050 Tahun, 24 Sebatan

KLANG - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki. Hakim Datin M...

Sultan Selangor Titah Patuh SOP, Sambut Sederhana Perayaan Thaipusam

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard...

Ismail Sabri Bantu Tanggung Bayaran Sewa Rumah Siti Azizon

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi sumbangan peribadi bagi membayar rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan kepada ibu tunggal...

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...

15 Kluster Baru Tempat Kerja Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 di tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu hari ini, yang merekodkan 15 daripada 17 kluster. Ketua Pengarah Tan Sri...

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman berkenaan.

“Apabila balik kampung, ramai yang menganggap pihak polis tidak akan mengawal rumah mereka. Betul, tidak mungkin untuk polis mengawal setiap rumah.

“Saya dimaklumkan (oleh) Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pihak polis akan meronda di setiap kawasan dan jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman tersebut,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Selasa.

Katanya, ia bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi pada hari perayaan.

Tegasnya, PDRM dan ATM telah bersetuju untuk mengerahkan anggotanya pada hari pertama perayaan dan hari-hari seterusnya bagi memastikan SOP terus dipatuhi.

“Justeru, semua pihak diingatkan mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Terdahulu, katanya, setakat 18 Mei, sejumlah 250,891 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya, dimana sebanyak 1,633 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung.

Beliau menegaskan bahawa pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali atas hal kecemasan atau kerja, dan kebenaran rentas negeri perlu dikeluarkan PDRM.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan