Anwar tak mahu terlibat pertikaian titah adendum, urusan Raja-raja tak harus dicabar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat dengan pertikaian “perintah tambahan” berhubung tahanan rumah membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menegaskan, perkara itu adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu.

“Saya tak mahu terlibat perbincangan soal titah adendum sebagainya, ini bidang kuasa lembaga pengampunan dan wewenang sepenuhnya Agong atau Raja-raja Melayu.

“Sepatutnya semua pihak terima kenyataan tersebut dan terus dengan tumpuan kita untuk jamin keamanan, kuatkan kestabilan politik dan membangunkan negara,” katanya lapor FMT di Kajang pada Jumaat.

Anwar berkata, beliau juga maklum berkenaan afidavit difailkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan isu berkenaan.

Katanya, pendirian kerajaan juga adalah tidak mencabar sebarang keputusan melibatkan institusi beraja di mahkamah.

“Beliau lakukan sebagai Presiden Umno…pendirian kita semua urusan yang melibatkan Raja-raja tidak harus dicabar di mahkamah.

“Jadi, sebab itu saya tak mahu ulas, ini prinsip dan pendirian kerajaan bukan hanya sekarang tapi selamanya sejak merdeka sampai sekarang ini dia pendirian kita sebagai kerajaan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Zahid memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April mendakwa melihat perintah tambahan bagi Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan rumah.

Dakwanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam pertemuan di kediamannya, pada 30 Jan lalu.

Malah, katanya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut maklum kewujudan perintah tersebut.

Zafrul kemudian dalam kenyataan berkata, akan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta dalam afidavit Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat