Kerajaan Madani bukan buta warna politik tapi buta hati – Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu menyifatkan Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi bersifat negarawan.

Bahkan kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri acapkali melaung-laungkan buta warna politik, tetapi sebenarnya buta hati.

“Soal yang penting sekarang ialah kenapa perlu dikenakan pelbagai syarat terhadap ahli Parlimen pembangkang, sekali gus memperlihatkan kerajaan sendiri tidak bersifat sebagai negarawan.

“Malahan PMX dan Timbalan Perdana Menteri acapkali melaung-laungkan buta warna politik, tetapi sebenarnya buta hati.

“Kerajaan PMX masih tidak punya jiwa yang besar, bahawa ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat sendiri, manakala Ahli Parlimen Dewan Negara dilantik dan dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, lantikan negeri serta mewakili kumpulan atau organisasi penting dalam negara ini.

“Parlimen Malaysia harus berani melakukan perubahan bermakna demi kemakmuran sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan,” katanya.

Menurut Razali, ahli Parlimen, tidak kira Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu dilihat sebagai wakil rakyat bersifat negarawan yang mampu membantu rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Bagi mengukuhkan sifat ahli Parlimen sebagai seorang negarawan itu, kekuatan asas yang harus ada ialah peruntukan saksama bagi pembangunan kawasan (CDF) Parlimen dan organisasi atau kaum yang diwakili seperti dalam Dewan Negara.

“Saya pernah membangkitkan isu peruntukan beberapa kali dalam sesi perbahasan di Dewan Negara, tetapi seolah-olah tidak diendahkan langsung oleh Kerajaan Madani.

“Sudah tiba masanya peruntukan setiap Ahli Parlimen hendaklah diangkat dan dipinda dalam rang undang-undang baharu sebagai satu evolusi sistem demokrasi berparlimen.

“Saya amat bersetuju dan selari dengan pandangan BERSIH dan Ideas yang mengesyorkan peruntukan sedemikian untuk ahli Parlimen perlu dikanunkan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat