Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN – Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin berkata, penutupan bazar itu selama lima hari bermula semalam, selepas penganjur dikesan tidak melakukan pemeriksaan suhu, tiada pendaftaran masuk mahupun penyediaan laluan sehala.

“Malah, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah juga dibenarkan masuk ke bazar. Jadi keputusan menutup sementara Bazar Ramadan Balok ini untuk memastikan tiada penularan wabak Covid-19.

“Ia juga bukan tindakan mengejut kerana dilakukan hasil daripada pemantauan oleh penguat kuasa dan pasukan pemantau,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hamdan berkata, operasi bazar itu akan dibuka selepas pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan berpuas hati dengan pematuhan SOP oleh penganjur.

Beliau mengingatkan semua penganjur bazar Ramadan supaya patuh dengan garis panduan yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan.

Sebanyak 26 lokasi bazar Ramadan, termasuk Balok dibenarkan beroperasi kali ini. – HMetro

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Langgar SOP: Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas, Gesa Penjarakan Neelofa

KUALA LUMPUR - Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali meminta kerajaan bertindak tegas memenjarakan Neelofa atas kesalahan berulang kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)...