Pasangan Kekasih Dalang Sindiket Edar Dadah Berjaya Ditumpaskan – Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah yang didalangi sepasang kekasih tumpas selepas penahanan pasangan terbabit di sebuah kondominium di sekitar Puchong Jaya pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, pasangan terbabit terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berusia 31 tahun.

“Kedua-dua mereka telah ditahan pada pukul 12.30 petang dalam satu operasi khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di bahu jalan sekitar Jalan Sri Sentosa dekat sini.

“Pemeriksaan lanjut telah membawa polis ke sebuah kondominium yang disewa suspek di sekitar Puchong Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pemeriksaan berjaya menemui pelbagai jenis dadah di rumah suspek dipercayai untuk diedarkan di sekitar kawasan Lembah Klang yang boleh dibekalkan kepada 4,072 penagih dadah.

“Kita telah merampas dadah jenis serbuk MDMA, Methamphetamine dan Ketamin Kita juga merampas wang tunai bernilai RM540. Keseluruhan rampasan bernilai RM245,515.

“Ujian saringan awal mendapati, kedua-dua suspek positif dadah jenis Ketamin. Semakan mendapati, suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Katanya, tangkapan tersebut membawa kepada kejayaan menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan dan warga asing sejak tiga bulan lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat