2,078 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes.

“Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153),” katanya menerusi kemas kini di media sosial beliau.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan, pertambahan itu menyebabkan kes aktif kini adalah 20,522 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 228 kes sementara kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 93 kes,” katanya.

Beliau turut memaklumkan terdapat lapan kematian baharu direkodkan di empat negeri iaitu Sarawak (3), Sabah (2), Selangor (2) dan Kuala Lumpur (1).

Sementara itu, sejumlah 1,402 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj. – Awani

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...