Kuasa Media Sosial, Guru Bantu Orang Asli Jual 500kg Keledek

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penduduk orang asli Kg Lemoi di Pahang hari ini berasa lega setelah lebih 500kg keledek hasil pengeluaran kebun mereka berjaya dijual hasil bantuan beberapa orang guru.

3 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Lemoi,Hanisah Mat Hussin, Nor Mahidatulasma Yusof dan Wan Zamani Wan Musa menggunakan media sosial untuk mempromosikan tanaman berkenaan.

Hanisah, 39 tahun memberitahu Bernama, “Keledek adalah sumber utama pendapatan penduduk kampung tersebut tapi jualan merosot berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?”.

Pengiklanan yang dilakukan Hanisah melalui akaun Twitter nya, @bungolale pada 12 April, dikongsi lebih 1000 kali dan tempahan datang mencurah-curah selepas itu.

Hanisah berkata, beliau dan kawan-kawannya hanya ingin membantu penduduk kampung dimana anak-anak mereka adalah pelajar sekolah tempatnya mengajar.

“Sekolah kami adalah sekolah pendalaman dan sewaktu PKP, kami keluar seminggu sekali dan oleh itu rapat dengan penduduk kampung.”

“Bila mereka mengadu produk mereka tidak terjual,kami terfikir akan idea untuk membantu mereka”.

“Kami menggunakan #kitajagakita. Kami mungkin tidak dapat membantu semua orang tapi kami dapat berbuat sesuatu untuk membantu masyarakat di sekeliling kami”, katanya – Bernama

Terjemahan – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat