Zahid Sambut Baik Keputusan Batal UPSR & PT3

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyambut baik keputusan kerajaan untuk membatalkan peperiksaan UPSR dan PT3 pada tahun ini, serta penundaan peperiksaan SPM, SVM , STPM dan STAM ke suku pertama tahun 2021, berikutan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu juga berharap keputusan berkenaan disambut baik oleh para guru dan pelajar kerana secara tidak langusng dapat menyelesaikan kemelut pengajaran dan pembelajaran yang terganggu sejak penularan Covid-19.

“Di samping itu, ia juga dapat memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM menbuat persiapan”, tambah beliau lagi.

Begitupun kata Zahid, “Memandangkan peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan, kementerian perlu segera mengkaji dan memperkenalkan mekanisme serta kaedah baru untuk dijadikan kriteria pemilihan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD)”.

Zahid memuji Langkah kerajaan ini dengan menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan dan komitmen kerajaan bagi melindungi anak-anak kita dari pandemik Covid-19 kerana soal keselamatan dan kesihatan adalah keutamaan kerajaan – Sumber FB Zahid Hamidi

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat