‘Hukumlah saya kalau salah, jangan hukum sukarelawan’

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Angkasawan Amerika Syarikat Mengundi Dari Angkasa, Ini Caranya

BERJUTA-JUTA orang di Amerika Syarikat akan mengundi melalui pos atau secara terus untuk memilih presiden AS yang seterusnya. Bagaimanapun, satu undi akan diberikan sekitar...

Tahniah DS Bung, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

KATA orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah individu bernama Bung Moktar Radin ini. Pengalaman mengikut beliau berkempen selama dua minggu sepanjang proses Pilihanraya Negeri...

Covid-19 Di India Sudah 6 Juta Kes

JUMLAH rakyat India yang dijangkiti dengan Covid-19, sudah melepasi 6 juta orang, kedua di belakang Amerika syarikat Dijangka menjelang hujung minggu ini, India akan mengatasi...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1. Majlis mengangkat...

“Hukumlah saya jika didapati bersalah tetapi bukan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu menyampaikan bantuan kepada orang miskin ini.”

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Ahmad Said susulan dakwaan bahawa beliau dan beberapa orang lagi melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jumaat lepas.

Beliau berkata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di rumahnya ketika sukarelawan melakukan kerja-kerja untuk mengagihkan bantuan dan gambar beramai-ramai itu dirakam secara spontan.

“Menteri Besar hubungi saya menyatakan hasrat mahu datang ke rumah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan bantuan kepada rakyat dan kebetulan waktu beliau tiba itu, petugas sukarelawan DUN (Dewan Undangan Negeri) Kijal sedang menyusun barangan keperluan bantuan.

“Mereka sangat teruja dapat peluang jumpa Menteri Besar dan terus rakamkan gambar… dalam keadaan itulah terlupa untuk jarakkan diri antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Justeru, Ahmad berkata beliau berharap rakyat Malaysia tidak ‘menghukum’ sukarelawan terbabit kerana mereka sanggup berpenat lelah, berhujan dan berpanas untuk bekerja tanpa sebarang elaun dalam memastikan rakyat tidak terputus bekalan barangan keperluan dapur.

Ahli DUN Kijal itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak mengamalkan jarakan sosial dalam gambar yang tular.

Beliau berkata terdapat lebih 10,000 rumah dalam DUN Kijal dan beliau memutuskan agar bantuan itu diberikan kepada semua rumah secara berperingkat menggunakan khidmat sukarelawan untuk mengangkat beras, tepung dan gula.

“Sebenarnya pergerakan seramai 20 sukarelawan DUN Kijal ini sentiasa dalam makluman polis dan mereka bukanlah datang hantar bantuan itu beramai-ramai, sebaliknya berpecah ke kampung yang berbeza kerana ada laluan ke rumah penduduk tidak boleh menggunakan kenderaan biasa… jadi terpaksa gunakan motosikal.

“Setakat ini, kita dah agih untuk 6,000 rumah dan bakinya 4,000 rumah lagi sedang diusahakan kerana tidak mahu sukarelawan bekerja ketika berpuasa,” katanya.

Ahmad, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata tidak timbul soal pilih kasih antara rakyat marhaen dan pemimpin politik dalam mematuhi peraturan sepanjang PKP kerana kebanyakan tangkapan membabitkan rakyat ialah kerana mereka keluar tanpa tujuan jelas sedangkan pemimpin politik perlu ‘bergerak’ demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan sepanjang tempoh itu.

-Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Tahniah DS Bung, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

KATA orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah individu bernama Bung Moktar Radin ini. Pengalaman mengikut beliau berkempen selama dua minggu sepanjang proses Pilihanraya Negeri...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1. Majlis mengangkat...