Vendor stoking KK Mart pertimbang ambil tindakan terhadap pembekal China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal dari China berhubung stoking tertera kalimah Allah yang dibekalkan kepada KK Mart.

Syarikat yang berpangkalan di Johor itu berkata, pihaknya telah menghubungi pembekal berkaitan dan dimaklumkan bahawa stoking yang mencetuskan kontroversi itu termasuk dalam stok yang dibekalkan secara tidak sengaja.

“Kami kini sedang mencari nasihat undang-undang untuk meneroka tindakan undang-undang yang mungkin terhadap pembekal atas kelalaian mereka dalam menangani pesanan kami,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati stoking itu adalah sebahagian daripada stok yang lebih besar, sebanyak 18,800 pasang, yang dipesan daripada sebuah syarikat di Wilayah Zhejiang, China.

“Kami amat menyesali sebarang kecuaian dalam proses kawalan kualiti kami yang secara tidak sengaja menyebabkan item-item ini masuk ke dalam inventori kami.

“Kami tidak pernah dengan sengaja memesan stoking dengan perkataan tersebut.

“Semua pesanan dibuat berdasarkan sampel yang diberikan dan kami secara konsisten telah menasihati pembekal di China untuk mengelakkan memberikan produk yang memaparkan perkataan, simbol, atau ilustrasi yang boleh menyakitkan hati komuniti Islam kami,” katanya.

Selain itu, syarikat terbabit juga berkata mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan isu berkenaan.

“Polis telah melawat kilang kami di Batu Pahat, Johor hari ini dan kami akan terus membantu dalam siasatan mereka.

“Kami mengambil iktibar daripada kejadian ini dan sedang melaksanakan langkah-langkah kawalan kualiti lebih ketat untuk mengelakkan kejadian serupa di masa depan,” katanya.

Terdahulu, polis dilaporkan menemui lima pasang stoking tertera kalimah Allah di sebuah kilang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun, Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah berkata siasatan mendapati stoking terbabit adalah yang dipulangkan oleh tiga kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway.

Rabu lalu, tular di media sosial berhubung penjualan stoking kalimah Allah di premis berkenaan selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat