Bukan Akmal tapi Tiong yang perlu dikawal – UMNO Pokok Sena

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing perlu mengawal tingkah laku dan tutur kata agar tidak terus mencabar sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Ini ditegaskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Bin Ahmad ketika mengulas saranan Tiong King Sing agar Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berhenti menunggang isu stoking tertera kalimah Allah di pasaran KK Super Mart untuk meraih modal politik peribadi.

“Bukan Akmal yang perlu mengawal diri tetapi menteri-menteri kabinet seperti Tiong King Sing dan Nga Kho Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang perlu bersikap lebih baik dan berhenti mencabar sensitiviti masyarakat bumiputera terutama orang Islam,” tegas Farhan ketika dihubungi SuaraTV.

“Isu Bak Kut Teh dan Kg Baru Cina masih segar dalam ingatan masyarakat kita. Dan sekarang isu kalimah Allah pada stoking pun kamu mahu masuk campur. Siapa sebenarnya cuba mewujudkan keadaan tidak harmoni?” tambah Farhan.

Menurut Farhan, Isu penggunaan kalimah Allah SWT sangat dekat di hati majoriti umat Islam dan Dr. Akmal sebagai pemimpin muda Islam dan jurucakap bagi rakyat Islam di Malaysia, telah menunjukkan keberanian dalam menyuarakan isu ini.

“Saya sarankan Tiong King Sing dan Nga Kor Ming memahami majoriti jiwa dan hati masyarkat Islam di Malaysia, bukannya cuba merombak status quo sedia ada untuk menjadi hero dalam kalangan masyarakat Cina,” kata Farhan lagi.

Farhan turut menyatakan komitmen Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena untuk berdiri teguh bersama Dr. Akmal dalam mempertahankan kedudukan Islam dan kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat