Martabat bahasa Melayu, Akta DBP diperkasa, pelajar asing wajib belajar – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru UMNO menjuarai usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau yang juga Perdana Menteri menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk kira rakyat Malaysia bangga dengan bahasa Melayu.

“UMNO juga mesti menjuarai dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti di dalam perlembagaan persekutuan perkara 152 yang juga termaktub dalam perlembagaan UMNO fasal 3.5.

“Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu, justeru tidak ada sebab untuk kita rasa janggal berbahasa melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, kata Ismail Sabri.

Jabatan kerajaan dan GLC telah dimaklumkan agar program mereka mengutamakan bahasa Melayu.

Susulan seruan itu, Perdana Menteri memberitahu Akta Dewan Bahasa dan Pustaka akan diperkasakan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diberikan kuasa penguatkuasaan.

“Sebagai contoh penggunaan bahasa Melayu dipapan-papan tanda.

“Pelajar asing yang menuntut di dalam negara wajib mengambil subjek bahasa Melayu.

“Saya bercita-cita agar bahasa Melayu menjadi bahasa kedua Asean,” ujar Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat