Kerajaan bayar pampasan RM1.5 juta kepada keluarga Adib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akhirnya mendapat pembelaan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan walaupun siasatan masih berjalan tetapi kerajaan telah pun membayar ‘ex-gratia’ berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah Adib pada 29 November 2021.

Menurut beliau, inilah bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat.

“Kes kematian arwah Adib sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

“Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu, jawatankuasa khas telah pun ditubuhkan pada Oktober 2021 bagi menyiasat pendedahan buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Pasukan Petugas Khas (PPK) sedang mengambil tindakan termasuk memanggil pihak yang terlibat. Laporan interim akan dibentangkan pada bulan depan.

“Saya janji jika ada penyalahgunaan kuasa, konspirasi terpilih, seperti yang didakwa, kita akan ambil tindakan.

“Kedua, kita telah tubuhkan RCI Tabung Haji. Kerajaan tidak akan sembunyikan apa-apa dan siasatan telah bermula sejak Januari.

“Saya percaya siasatan ini dapat diselesaikan penghujung Julai ini,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat