Pengasas Sugarbook ditahan semula berkaitan kes rogol, pelacuran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis menahan semula pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan pelacuran membabitkan seorang penuntut universiti.

Memetik Malaysiakini, penahanan itu berlaku pada hari sama permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 34 tahun itu ditolak mahkamah majistret Shah Alam pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata lelaki terbabit ditahan untuk disiasat berhubung kejadian berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019.

“Pengadu merupakan seorang penuntut universiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Pagi tadi cubaan polis menahan reman lelaki berkenaan ditolak selepas dia dibawa ke mahkamah.

Peguam, Foong Cheng Leong, memberitahu Timbalan Pendaftar mahkamah Shah Alam Noorasyikin Sahat menolak permohonan polis selepas lelaki terbabit memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

Sebelum itu lelaki terbabit ditahan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat