Puad tak tunduk dibuli Muhyiddin, pilih lawan di mahkamah

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi tegas mempertahankan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meskipun berdepan tindakan sama RM10 juta.

Beliau berpendirian sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, Puad tidak akan benarkan dirinya dibuli oleh Muhyiddin seperti mana UMNO dibuli.

“Saya sahkan telah menerima LOD daripada Peguam Perdana Menteri. Dia akan ambil tindakan saman RM10 juta terhadap saya.

“Saya akan serahkan kepada Peguam saya untuk respond surat LOD tersebut. Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting dalam Facebook saya,” tegas Puad.

Justeru Puad berkata, beliau memilih ke mahkamah kerana ini akan memberi peluang kepada dirinya untuk bersama rakyat yang membantah amalan “antara dua darjat” dalam isu kuarantin.

“Saya dituduh memfitnah Perdana Menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun disaman maka amat wajar saya melawan di Mahkamah.

“Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa gesa, maka ia isu “kepentingan awam” yang perlu ditanya dan dipersoalkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Puad memberitahu ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah “kuarantin” tiga hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?
“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,” kata Puad di Facebooknya. – SuaraTV

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

UMNO sah cerai Bersatu-PN? : Laporan

KUALA LUMPUR - UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan...

UMNO Beri PH ‘Nyawa’ Jika Tidak Bersama PN

KUALA LUMPUR : Sekiranya UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional (PN), tindakan itu hanya...