‘Niyat ’gabungan seni dan sukan oleh Dhan Illiani

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara menganjurkan program sokongan ‘Niyat Hoki‘ disamping tayangan video seni abstrak Niyat buat julung kalinya sempena Pameran Hanya Satu ke-6: Niyat oleh Dhan Illiani Yusof dan kolektif seni tempatan KolmeGlu di sini semalam.

Menurut Dhan Illiani, Niyat diambil daripada frasa Niat dalam Bahasa Melayu dan Niyyah dalam Bahasa Arab, kedua-duanya mempunyai persamaan makna tersurat dan tersirat selain itu nama timangannya

Selain pengkarya multidisiplin, mungkin ramai yang tidak tahu, Dhan Illiani 26, yang berasal dari Kuala Lumpur turut aktif dalam sukan hoki ais wanita dan akan beraksi mewakili Malaysia di Sukan SEA 2025 Thailand.

Dhan Illiani turut mengetengahkan Niyat Hoki sukan hoki ais sebagai elemen di dalam persembahannya kerana sukan ini memiliki nilai-nilai dan tahap cabaran yang sama dengan bidang seni artistik.

Menurutnya, salah satu Niyat daripada persembahan yang diadakan adalah untuk mendorong pemahaman masyarakat terhadap hoki ais selain itu menekankan kepentingan dan potensi sukan berkenaan bagi meraih sokongan semua pihak terutamanya para penaja.

“Kedua-dua bidang ini memerlukan keupayaan diri, disiplin, kerjasama berpasukan dan latihan agar kemahiran dan prestasi diri dapat diperbaiki, dari masa ke semasa.

Saya berhasrat untuk memperlihatkan lagi kewujudan pasukan hoki ais wanita negara di mata umum dan sedang giat berlatih serta masih mencari penaja bagi kejohanan di Bishek, Kyrgystan dan Sukan SEA Thailand 2025.

Saya menerapkan konsep ‘Niyat’ adalah bersifat terbuka di mana khalayak dapat melihat proses work in progress atau belakang tabir,”katanya.

“Sebaga artis, saya menggunakan peluang ini untuk menonjolkan pelbagai aspek praktis dalam tujuh elemen utama bersifat playful mempunyai maksud-maksud tersendiri di antara satu sama lain yang dapat dihayati dan dinikmati dengan lebih jelas oleh pengunjung di sini.

Buat masa ini, saya memberikan fokus kepada penghasilan karya instalasi, persembahan seni, seni visual dan video serta seni rekaan fesyen, ”katanya lagi kepada Wartawan SUARA TV.

“Walaupun mempunyai masa terhad untuk membuat segala persiapan di samping menghadapi cabaran dan kekangan dari segi kewangan namun tidak memadam dan mematahkan semangat saya untuk terus berkarya.

Alhamdulillah, rakan-rakan dari Kolme Management, House of Karyawan, artis arca Gabriel Cheah, PEBEO dan ibu yang sentiasa memberi galakan dan banyak membantu saya mencuba dan melakukan serta memberikan yang terbaik.

Saya mengharapkan para pengunjung di sini dapat menghayati dan menikmati proses sebenar dalam penghasilan Niyat kerana ada yang tersurat dan tersirat serta mempunyai maksud yang mendalam,”ujarnya.

Bagi peminat Dhan boleh melayari di laman instagramnya di IG @dhanilliani.

Sementara itu, Pegawai Unit Komunikasi Korporat Balai Seni Negara, Sarifah Abu Bakar Ebau berkata , orang ramai dan peminat seni tempatan berpeluang menyaksikan dunia unik ‘Niyat’ secara percuma yang sedang berlangsung di sini sehingga 19 Februari 2024, dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Maklumat lanjut mengenai pameran ini boleh diikuti melalui media sosial rasmi Balai Seni Negara @nationalartgallery atau melayari laman sesawang www.artgallery.gov.my. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat