Didakwa tak setia kepada Malaysia, AMK lapor polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.

Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat, M. Sathasivam di Balai Polis Travers di Kuala Lumpur.

Sathasivam tiba di balai polis itu pada 5 petang dan selesai kira-kira sejam kemudian, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata selaku bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keamanan dan perpaduan kaum di negara ini.

Dr Mahathir juga, katanya, tidak perlu mempersoal kesetiaan masyarakat Cina dan India kepada negara kerana sebelum ini beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun adalah atas sokongan rakyat termasuk kedua-dua kaum.

“Kini bila kaum Cina dan India tidak lagi memberikan sokongan kepada dia, kami dikatakan tidak setia kepada negara.

“Tun (Dr Mahathir) perlu berhenti keluarkan kenyataan seperti itu, ia menggambarkan keadaan politik Malaysia tidak menentu dan akan menakutkan pelabur asing untuk melabur di sini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pengelola PKR Pusat S.Thiban.

Sathasivam juga berkata pihaknya akan mengarahkan cabang AMK seluruh negara membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

“Saya yakin pihak polis akan menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap laporan polis ini,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran televisyen satelit India Thanthi TV mendakwa masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat