Isteri Daim persoal laporan berita siar simpanan luar pesisir keluarganya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Isteri kepada Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, mempersoal laporan berita diterbitkan sebuah portal berkenaan dokumen bocor mengenai simpanan luar pesisir bernilai ratusan juta dikaitkan dengan keluarganya.

Nai’mah menyifatkan berita yang dimuat naik itu didakwa memberi tanggapan salah laku atau pemilikan harta diperoleh secara haram oleh ahli keluarganya.

Beliau menjelaskan, pihaknya tidak pernah menyembunyi atau merahsiakan fakta memiliki aset di luar negara.

Katanya, aset dimiliki keluarga adalah hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan sah sebelum suaminya yang juga bekas Menteri Kewangan berkecimpung dalam politik pada 1984.

“Hakikatnya, pengarang laporan itu tidak pun mencadangkan wujudnya elemen jenayah, justeru menimbulkan persoalan mengapa laporan sedemikian diterbitkan.

“Dalam melaporkan sesuatu berita, mencemarkan nama baik seseorang dengan cara memuatkan tuduhan tersirat dan tanggapan tanpa disertakan bukti kukuh adalah salah dan tidak beretika.

“Malah, ia menjurus kepada pembunuhan watak dengan bertopengkan laporan berita.

“Tanpa sebarang salah laku, apakah wajar untuk membincangkan kewangan persendirian seseorang, sama ada butiran tersebut betul atau tidak dengan cara cubaan menuduh konon wujudnya salah laku serius?

“Laporan ini akan hanya meniupkan prasangka, khabar angin dan andaian terhadap kami atau mana-mana orang dalam situasi sama. Tidak syak lagi inilah tujuan ia diterbitkan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat, lapor BH.

Sebelum ini, Daim menyatakan beliau adalah ahli perniagaan yang kaya dan berjaya, sebelum menyertai politik dan menjawat jawatan awam.

Malah, sekiranya beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya akan bernilai lebih RM50 bilion hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat