LCS pertama cecah permukaan air pertengahan tahun 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang pertama dijangka berada di permukaan air pada pertengahan tahun ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, berkata sebaik berada di permukaan air, kapal berkenaan akan menjalani beberapa ujian pemasangan sistem dan peralatan.

Selepas itu, katanya, tempoh 22 bulan penilaian dilakukan sebelum LCS beroperasi sepenuhnya yang dijangka pada penghujung 2026.

“Alhamdulillah, sekarang projek ini diteruskan dan berjalan dengan baik, LCS pertama dijangka diturunkan ke air pada Mei atau Jun ini.

“Selepas itu, ada tempoh 22 bulan untuk kita buat ujian pemasangan sistem dan peralatan sebelum beroperasi pada penghujung 2026.

“Jika berjalan lancar, lapan bulan berikutnya akan menerima LCS kedua,” katanya selepas upacara penamaan dan pentauliahan Kapal Diraja (KD) Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di Tanjung Gelang, di Kuantan pada Jumaat lapor BH.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam kenyataan pada 9 Oktober tahun lalu, menyatakan tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak lawatan PAC pada 11 Disember 2021 hingga lawatan pada 10 Jun 2023.

Namun, tempoh masa bagi pembinaan lima LCS akan dilanjutkan lagi kepada tempoh 83 bulan dan semua kapal terbabit akan diperoleh TLDM pada 2029.

Perubahan itu juga tidak lagi seperti kontrak asal sebelum ini iaitu semua kapal terbabit perlu diserahkan pada tahun 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat