Kerajaan negeri Pahang, MTSP sumbang set alat tulis untuk pelajar yang menduduki SPM

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) akan menyumbang set alat tulis untuk para pelajar yang menduduki SPM 2022-2023 di negeri ini.

Menurut Naib Presiden 1 MTSP, Mohd Kamil Ibrahim, perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, pada Jumaat.

Katanya lagi, sumbangan ini adalah tanda kasih dan sayang Menteri Besar Pahang kepada para pelajar.

Jelas Mohd Kamil yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri lagi, seramai 20,270 pelajar akan menerima set alat tulis ini yang mana melibatkan peruntukan RM202,700.

Naib Pengerusi 1 MTSP Mohd Kamil Ibrahim tengah menunjukkan set alat tulis dan kad ucapan yang akan disumbang kepada seramai 20270 pelajar yang menduduki SPM sesi 2022 2023 di negeri Pahang

“Menteri Besar beliau umum tadi memberi ‘exam kit’ (set alat tulis) untuk semua pelajar yang menduduki SPM di negeri Pahang,

“Jumlah keseluruhan RM20,270 pelajar akan menerima set alat tulis ini, set alat tulis termasuk kad ucapan itu bernilai RM10 yang melibat perbelanjaan RM202,700,

“Pahang adalah satu-satu negeri yang memberi set alat tulis untuk persediaan pelajar menduduki SPM di negeri ini, inilah tanda kasih dan sayang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada para pelajar,” kata Mohd Kamil kepada Suara.TV.

Ujar Mohd Kamil lagi, penyerahan set alat tulis tersebut akan dilakukan pada 24-29 Januari ini disetiap sekolah negeri Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat