Syarikat tunjuk prestasi cemerlang perlu diberi keutamaan untuk projek JENDELA 2.0- Fadzli Kamal

- Advertisement -

LIPIS: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memastikan syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi baik dalam kerja-kerja pembinaan menara telekomunikasi di bawah Pelan Digital Negara (JENDELA) 1.0 ketika ini diberi keutamaan untuk JENDELA 2.0.

Exco Komunikasi&Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal ia bagi menjamin inisiatif pemerkasaan akses telekomunikasi di negeri Pahang berjalan lancar.

“Saya gesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi baik dalam kerja-kerja pembinaan menara telekomunikasi di bawah Pelan Digital Negara (JENDELA) 1.0 ketika ini, agar dapat diberikan keutamaan bagi pembinaan projek menara telekomunikasi JENDELA 2.0 yang akan bermula tidak lama lagi.

“Gesaan ini penting bagi menjamin inisiatif pemerkasaan akses telekomunikasi di negeri ini berjalan lancar,” kata Fadzli pada Majlis Pemuktamadan Pembinaan Menara Baru Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) Fasa 1 bagi Kluster 31 & 32 di Kampung Salang, Mukim Penjom, Lipis, Pahang, pagi tadi.

Fadzli Mohamad Kamal di Majlis Pemuktamadan Pembinaan Menara Baru Pelan Jalinan Digital Negera JENDELA Fasa 1 bagi Kluster 31 32 di Kampung Salang Mukim Penjom Lipis Pahang pagi tadi

Dalam pada itu, Syarikat Baycom Sdn Bhd yang telah dilantik SKMM telah berjaya menyiapkan 29 buah menara baharu di kawasan penempatan luar bandar dan perkampungan orang asli dalam daerah Lipis.

Jelasnya lagi, syarikat tersebut telah berjaya menyiapkan menara telekomunikasi tersebut dalam tempoh garis masa yang ditetapkan.

“Kesemua menara tersebut telah siap dibina oleh Baycom, menjadikannya syarikat Pemberi Perkhidmatan pertama dan paling awal di Pahang yang berjaya melakukannya,” kata Fadzli.

Majlis pemuktamadan ini yang turut dihadiri Dato Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi MCMC; YH Dato’ Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis; dan En. Shahrizal Husin, Pengarah MCMC Negeri Pahang.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat