DJ Lin adalah mangsa sebenar, ada niat jahat untuk menjatuhkannya – Datuk Mohd Aminuddin

- Advertisement -

Tular isu mengenai penamatan kontrak bekas penyampai radio Suria.FM Tyzo Jumaat lepas sehingga ramai yang mengecam DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid digesa meletakkan jawatannya di stesen radio tersebut.

Pengerusi Kumpulan Star Media, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd Rouse berkata, tidak menolak kemungkinan terdapat cubaan untuk menjatuhkan pengurus besar dan penyampai Suria FM iaitu DJ Lin atas tuduhan jahat yang dilemparkan kepadanya.

“Tiada sebab mengapa mahu pecat DJ Lin.”

“Saya percaya, apa yang berlaku ini bertujuan untuk menjatuhkan DJ Lin.

“Pada pendapat saya, mangsa yang sebenarnya adalah DJ Lin. kerana Kredibilitinya menurun dan menjunam,” kata Dr. Mohd Aminuddin pada sidang media, pada Jumaat.

Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd mengulas, dakwaan tersebut sekali gus bertujuan untuk menyerang dan menjatuhkan nama baik Suria FM sebagai sebuah stesen radio.

“Tapi dia adalah (GM) Pengurus Besar kepada Suria FM. Itu adalah tugas dia. Siapa ‘serang’ DJ Lin, sama seperti serang Suria FM,” katanya lagi.

Mohd Aminuddin berkata mereka telah menawarkan Tyzo kontrak selama setahun tetapi Tyzo yang meminta untuk memendekkan kontraknya selama 6 bulan sahaja selepas kemenangannya di ABP35 dan berpendapat Tyzo mempunyai perancangan lain.

Mohd Aminuddin turut mengatakan bahawa dia yang meminta perkhidmatan bekas penyampai Suria FM, Tyzo berakhir pada 12 Januari lalu. Permintaan perkhidmatan Tyzo ditamatkan lebih awal kerana Suria FM sudah mengaturkan beberapa perancangan memandangkan bakal menempuh ‘survey’ pada bulan depan.

Berkenaan isu gaji tinggi pula, Semasa menandatangani penjanjian kontrak tersebut sudah semestinya dia bersetuju dengan tawaran gaji yang diterima maka disini tiada isu mengenai pemintaan gaji yang tinggi pada waktu itu.

“Soal gaji adalah pertimbangan yang sudah diambil kira. Selalunya, kontrak disambung berasaskan gaji. Apa yang ditandangani adalah gaji yang sudah dipersetujui. Jika tak setuju, takkan nak tandatangan kontrak,” katanya.

Mohd Aminuddin berharap isu yang timbul itu dapat ditamatkan segera dan tidak akan dibangkitkan lagi dan turut mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau komen berbentuk fitnah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya harap perkara ini dapat ditamatkan dan tidak akan dibangkitkan lagi.

“Jika ada mana-mana pihak yang buat kenyataan atau komen berupa fitnah, kami tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang,” jelasnya.

Bagaimanapun DJ Lin tidak menyalahkan netizen atas apa yang berlaku kerana tidak mengetahui perkara sebenar. Turut menjadi mangsa kecaman adalah anak-anaknya yang tiada kena mengena dengan isu ini.

“Anak saya tak bersalah. Nak kecam DJ Lin, kecamlah, tetapi jangan sentuh anak-anak saya dan jangan hukum mereka tanpa asas. Mereka manusia biasa, ada hati, emosi dan perasaan.

DJ LIn memohon doa agar Allah memberi keredaan kepadanya menerima segala ujian yang berlaku. Dia tidak menyangka permulaan tahun 2024 dia terpaksa berdepan kontroversi yang amat dahsyat.

DJ Lin tidak menafikan perkara ini memberi kesan kepada kesihatan mentalnya, bagaimanapun percaya ada hikmah di sebalik semua yang terjadi dan dia perlu menjadi kuat bukan sahaja demi anak anaknya tetapi seluruh team Suria FM yang berada dibawahnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat