Suria FM mengambil langkah strategik dengan memperkenalkan penyampai radio baru.

- Advertisement -

Bagi menjadikan Suria. FM kekal relevan dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pendengar setia, Suria FM telah membuat langkah strategik dengan memberikan sentuhan baru dengan memperkenalkan barisan penyampai baharu iaitu Dato’ Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan.

Pengurus besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid, mengatakan Kemasukan penyampai baru di Suria FM ini merupakan salah satu langkah Suria seiring dengan keperluan semasa bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’yang berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024 ini.

Dato Fizz Fairuz bakal keudara di segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. Manakala Kai Hassan, bakal keudara dan mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan bagi kedua-dua segmen ini

Manakala Chiwan Cilok akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang sehingga 7 petang.

“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,” ujar DJ Lin.

Selain memperkenalkan penyampai baharu, Suria FM turut menyajikan seleksi program hiburan dan ilmiah menarik seperti:

  1. Seikhlas Suria – Suria FM dengan berbesar hati ingin memberikan wang tunai sebanyak RM 24,000 kepada pendengar bagi menghargai mereka yang masih menyokong Suria FM. Caranya mudah sahaja, bermula 22 Januari sehingga 16 Februari, pendengar hanya perlu menghantar Whatsapp bagi pendaftaran di segmen (Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta) dan pendengar berpeluang mendapat RM 300!
  2. Ybae Suria Masuk Kampung – Ybae Suria Masuk Kampung merupakan suatu program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat. Penyampai dan penduduk kampung akan menyediakan juadah dan berbuka bersama. Caranya mudah sahaja, pendengar Suria boleh hantarkan penyertaan nama kampung dan ceritakan kenapa Ybae Suria harus ke kawasan anda pada bulan Ramadan nanti!
  1. Kempen  Raikan Yang Dirai – Bersempena Ramadhan Raya yang bakal tiba, Suria FM dengan bangganya bakal menghasilkan Drama Raya Suria 2024, lagu raya Suria, dan pelbagai program menarik!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat