Rakyat Boleh Hidup Tanpa Peluru, Tak Boleh Tanpa Makanan- Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengakui portfolio beliau kali ini lebih mencabar berbanding Menteri Pertahanan.

Kata Mohamad, rakyat boleh hidup tanpa peluru tetapi rakyat tidak boleh hidup tanpa makanan.

“Sebelum ini saya telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara selaku Menteri Pertahanan dan sekarang saya diamanahkan pula untuk menjaga keterjaminan makanan atau food security.

“Bagi saya, tugas sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan lebih mencabar kerana rakyat boleh hidup tanpa peluru, tetapi rakyat tidak boleh hidup tanpa makanan,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023.

Beliau turut menggariskan lima fokus utama kementeriannya iaitu memperkasakan industri akuakultur yakni kerajaan menyasarkan peningkatan hasil ikan daripada aktiviti akuakultur kepada 60 peratus untuk mengurangkan tekanan kepada permintaan sumber perairan semula jadi.

“Fokus kedua ialah memperluas penternakan lembu secara fidlot iaitu membangunkan semula ladang mega ternakan lembu secara fidlot oleh kementerian ini bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan dan eksport dapat mencapai sasaran 50 peratus daging (SSR) menjelang 2025.

“Fokus ketiga membabitkan penanaman jagung bijian. Blueprint industri jagung bijian negara menyasarkan pengeluaran sebanyak 600 ribu tan metrik jagung bijian untuk makanan ternakan dalam tempoh 10 tahun.

“Seterusnya, fokus keempat penglibatan golongan belia dipertingkatkan iaitu sektor agromakanan menyediakan peluang dan prospek perniagaan yang luas bagi golongan muda membabitkan diri dalam sektor penting negara,” katanya.

Bagi fokus kelima kementeriannya ialah memperkasakan institut latihan pertanian.

“Melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dalam bidang teknologi pertanian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pertanian moden dan pintar selaras dengan hasrat negara dalam membentuk pekerja mahir pertanian,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat