Variasi dua Mac Mini diperkenalkan

- Advertisement -

Generasi baharu perkakas keluaran Apple iaitu Mac mini diperkenalkan dengan talaan cip pemproses silikon baharu daripada M2 serta M2 Pro.

Kedua-kedua variasi berkenaan memberikan talaan kuasa yang lebih banyak pilihan kepada pengguna profesional.

Untuk variasi yang menggunakan cip pemproses M2 Pro, ia memberikan kuasa ‘pro’ khususnya untuk talaan prestasi tinggi dengan pelancaran pelbagai tugasan kompleks.

Menyentuh Mac mini dengan cip M2, ia didatangkan dengan CPU lapan teras bersama Unit Pemproses Grafik (GPU) 10 teras sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi lebih pantas.

Perbandingan prestasi antara silikon M2 dengan Intel Core i7 juga memperlihatkan penawaran kuasa lebih 22 kali lebih laju untuk prestasi ‘upscaling image’ menggunakan Pixelmator Pro.

Bagi prestasi penyuntingan video, silikon baharu ini adalah 9.8 kali lebih laju apabila melaksanakan sintesis untuk Final Cut Pro.

 

 

Manakala untuk cip M2 Pro pula, jika dibandingan dengan platform iMac 27 inci menggunakan cip Intel Core i7 bersama Radeon Pro 5500XT, Mac mini M2 Pro memberikan lebih 50 peratus kelajuan untuk kefungsian filter di dalam Adobe Photoshop.

Selain itu, lebih 5.5 kali lebih laju untuk penyambungan panoramik menerusi Adobe Lightroom Classic dan lebih 4.4 kali laju untuk penjejakan objek di dalam Final Cut Pro.

Mac mini ini didatangkan dengan dua sambungan Thunderbolt 4 dan menyokong dua paparan untuk satu-satu masa.

Bagi variasi M2 Pro, ia didatangkan dengan empat Thunderbolt 4 dan sokongan sehingga tiga paparan.

Kedua-dua variasi berkenaan boleh ditempah menerusi apple.com/my/store dengan tanda harga bagi Mac Mini variasi M2 bermula RM2,499 manakala untuk variasi M2 Pro bermula RM5,599.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat