Titijaya Land Berhad Dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Bakal Membangunkan 230 Ekar Tanah Di Batu Kawan, Pulau Pinang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Malam tadi TITIJAYA LAND BERHAD (TITIJAYA) dan PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU)untuk membangunkan Medi-Tech City yang akan meliputi kawasan seluas 230 ekar tanah di Batu Kawan, Pulau Pinang. Malaysia. Nilai pembangunan kasar (GDV) bagi projek ini dianggarkan berjumlah RM9.9 billion dan dijangka siap dalam tempoh 10 tahun. Perjanjian MOU ini telah ditandatangani oleh Encik Lim Poh Yit, Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya dan Encik Aziz bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif dan disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Gabenor Pulau Pinang, Encik Mohammad Azhar Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Dato’ Faizal Bin Abdullah, Pengarah Eksekutif Titijaya dan Dato’ Seri (Dr) Mohamed Azahari Kamil, Penasihat Korporat Titijaya.

Medi-Tech City telah diperuntukkan sebagai bandar perubatan dan hab perniagaan yang bersepadu, lestari dan berteknologi tinggi di Pulau Pinang dan terdapat lebih daripada 300 syarikat antarabangsa (MNC) yang juga telah sedia beroperasi di dalam kawasan ini. Ianya juga adalah sebuah projek pembangunan yang mematuhi Responsible Business Alliance (RBA) dan Environmental, Social and Corporate Governance (ESG). Setelah siap, Medi-Tech City akan menjadi hab perubatan yang menawarkan eco-tourism dan perkhidmatan bisnes global lengkap dengan pelbagai fasiliti termasuk hospital, kampus perubatan, hab pembekalan perubatan, suit korporat, pusat pemulihan, retirement village, hotel, pusat kesihatan, pusat sukan, sektor elektrik dan elektronik, hab logistik dan pengedaran.

Selain daripada projek ini, Titijaya juga mempunyai pembangunan “built-to-suit” di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang bakal memberikan sokongan logistik kepada projek Medi-Tech City yang juga menyasarkan permintaan yang tinggi daripada pelbagai sektor di dalam kawasan Bayan Lepas.

“Peluang bekerjasama dengan PDC adalah satu penghormatan kepada Titijaya memandangkan PDC adalah agensi utama kepada pembangunan di Pulau Pinang sejak 1969 dan kami rasa bangga kerana telah diberi kepercayaan untuk bersama membangunkan tanah ini. Kami menjangkakan projek yang bakal menarik pelaburan antarabangsa ini akan turut menyokong visi PDC untuk mencapai status bandar antarabangsa untuk Pulau Pinang ,” kata Encik Lim Poh Yit.

Menurut Encik Aziz Bakar, Perjanjian Persefahaman ini adalah selari dengan amalan PDC bekerja seiring dengan sektor swasta dalam merealisasikan visi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kondusif untuk pembangunan sosio-ekonomi yang lestari di samping menarik lebih pelaburan asing ke Pulau Pinang. “PDC yakin kerjasama di dalam pembangunan Medi-Tech City ini akan berjaya kerana Titijaya mempunyai pengalaman luas bekerjasama dengan pelabur asing dan ini akan memberi manfaat yang besar kepada pembangunan negeri Pulau Pinang secara amnya,” kata
Encik Aziz Bakar.

Sebelum ini, Titijaya turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat China, Sinopharm Medical Equipment Quan Zhou Co Ltd pada April 2020 bagi penjualan peralatan perubatan dan juga hartanah di Malaysia. Pembangunan Medi-Tech City di sekitar lokasi strategik yang mempunyai kelengkapan infrastruktur akan mengukuhkan lagi sumbangan Titijaya kepada industri perubatan di Malaysia selain membuka lebih peluang pelaburan asing ke dalam negara. Syarikat pelaburan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek
pembangunan ini dijemput untuk menghantar e-mail kepada Titijaya di [email protected]

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat