‘Saya Akan Teruskan Tugas Sebagai KP SPRM’ – Azam Baki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Tan Sri Azam Baki akan meneruskan tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mendapati beliau tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan akaun dagangan.

Azam dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau bersyukur atas keputusan SC tersebut.

“Alhamdulilah, saya amat bersyukur dengan keputusan SC yang mana mendapati bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Saya telah dimaklumkan oleh SC bahawa inkuiri mengenai perkara itu telah ditamatkan. Oleh sebab itu, mereka telah menutup fail inkuiri.

“Atas keputusan itu, saya akan meneruskan tugas saya sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah dalam negara ini tanpa rasa takut atau berpihak,” katanya.

Terdahulu SC dalam satu kenyataan menyatakan mereka telah menamatkan ikuiri berkaitan dengan akaun dagangan Azam dan berdasarkan kepada bukti yang dikumpul, mereka tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa berlakunya pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Sebagai pengawal selia pasaran modal, SC menyatakan bidang kuasa kawal selianya adalah sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat