Azam Baki Bersyukur Dengan Keputusan SC

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini melahirkan rasa kesyukuran susulan keputusan siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mendapati tiada kesalahan dilakukannya.

Azam berkata, beliau dimaklumkan oleh SC bahawa siasatan berkaitan perkara itu telah dimuktamadkan.

”Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, SC merumuskan bahawa berdasarkan siasatan, ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“SC tidak dapat memastikan secara muktamad bahawa pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA telah berlaku,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat