10 Termasuk 9 Beranak Maut Dalam Kemalangan

- Advertisement -

SUBANG JAYA: Sepuluh individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 11.42 malam untuk operasi menyelamat.

“Nahas membabitkan 17 mangsa yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas.

“Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa dapat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 2.40 pagi.

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat