Jangan jadikan parti galang-ganti kepentingan peribadi – Zainal Rafique

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Bukit Bintang menggesa para pemimpin parti agar tidak menjadikan UMNO sebagai landasan menjaga kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja sehingga menjejaskan kepentingan rakyat dan parti.

Menurut Ketua UMNO bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Rafique, terdapat dua kumpulan yang kumpulan yang mahukan pilihan raya umum lebih awal.

Satu kumpulan mahukan pilihan awal kerana yakin dengan momentum kemenangan PRN Melaka. Manakala satu kumpulan lagi yang bersungguh dan serius mendesak pilihan raya awal kerana kepentingan peribadi.

“Kumpulan kedua yang mahukan pilihan raya umum diadakan segera kerana mereka menjadikan parti sebagai galang ganti kepentingan peribadi. Kumpulan ini tidak sabar mahu berada di dalam kabinet atau menjadi Perdana Menteri. Mereka telah membuat perkiraan keuntungan peribadi jika pilihan raya umum diadakan segera.

“Jika BN menang mereka untung dapat menentukan kabinet yang lebih kecenderung kepada kumpulan ini. Jika PH menang pun mereka sudah ada kuda di sebelah sana yang akan menjaga kepentingan mereka.”

Menurut Zainal lagi, ramai yang dapat melihat niat kumpulan ini tetapi memilih mendiamkan diri.

“Kita tidak boleh membiarkan masa depan parti dan negara diperjudikan sedemikian rupa,” tegas Zainal dalam ucapan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan UMNO Bahagian Bukit Bintang 2021 pagi tadi yang bertajuk “Mendepani Persepsi dan Realiti Politik Semasa”

Dalam ucapan tersebut juga Zainal mengingatkan ahli UMNO agar jangan ghairah untuk mengadakan pilihan raya umum dengan segera semata-mata seronok dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Zainal kemenangan UMNO bukanlah sesuatu yang selesa seperti mana kedudukan kerusi DUN yang dimenangi.

“Jumlah undi popular yang diterima kita lebih rendah dari PRU-14. Kita hanya mendapat 122, 741 undi kali ini berbanding 156,318 undi pada 2018. Dengan kata lain, kita tiada bukti langsung ada pertambahan sokongan kepada kita berbanding 2018.

‘Kejayaan kita nampak besar kerana kemerosotan undi popular Pakatan Harapan (PH) kepada hampir separuh dari yang mereka perolehi pada 2018. Pada 2018 PH mendapat 211,153 undi manakala lai ini hanya mampu meraih 114,457 undi popular.

Zainal turut mengingatkan ahli Umno agar bekerja lebih keras memandangan parti yang dikatakan lemah iaitu Perikatan Nasional telah menambah undi popular mereka sekali ganda berbanding undi Pas Melaka dalam PRU lepas.

“Benar, menang tetap menang. Namun kebimbangan saya ialah kita percaya kepada sesuatu yang terlalu artificial sehingga tergesa-gesa meruntuhkan kerajaan ini.

“Dulu pun kita yakin dengan kemenangan demi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Kuala Kangsar dan Sungai Besar sehingga kita tidak nampak gelombang yang kemudiannya menimpa kita dalam PRU-14.”

Bagi Zainal Umno perlu berhati-hati menangani hati dan perasaan pengundi atas pagar.

“Saya kata kita kena berhati-hati kerana kita belum nampak gelombang yang menunjukkan ada peralihan sokongan yang besar dari PH dalam PRU 2018 kepada BN dalam PRN 2021.

“Jangan kita nampak hujan di kampung sebarang, tempayan di rumah sudah dicurah air. Belum tentu hujan di kampung seberang sampai ke rumah kita.” – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat