DAKWAAN beberapa media perdana yang menyatakan bahawa 176 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian menyokong PRU diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan UMNO adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Sumber terdekat setelah menghubungi beberapa Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian, mereka menyifatkan kenyataan Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia PSUM telah disalahtafsir dan diputarbelitkan.

Kami tidak menerima apa-apa keputusan lagi daripada semua bahagian dan masih ada beberapa Ketua Pemuda dan Bahagian yang belum membuat mesyuarat Pemuda di tempat masing-masing.

Seharusnya usul utama yang perlu dibangkitkan adalah usul membantu rakyat selepas zaman endemik, usul memperkasakan ekonomi rakyat dan menjaga kepentingan rakyat patut dijadikan keutamaan pemuda untuk dibawa semasa Perhimpunan Agong UMNO nanti.

Dengan perubahan undi 18 juga pada PRU 15 akan datang seharusnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia harus meneliti usul usia Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang patut diturunkan selaras usia Ketua-Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekarang dan usul salah seorang daripada Naib Presiden mesti di bawah 50 tahun.

Rakyat kini bukan nak lihat UMNO fikirkan pasal PRU, tapi seharusnya mempercepatkan bantuan dan inisiatif-inisiatif kemudahan buat peniaga dan golongan B40.

UMNO ingat bila usul PRU diadakan segera, UMNO mampu mendapat mandat rakyat? Jangan hanya kerana PRN Melaka, kita tergesa-gesa nak buat PRU dan merasa UMNO sudah boleh kembali berkuasa.

Bila melihat kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia setelah disalahtafsir oleh media, rata-rata komen netizen mula meluat dengan usul yang diketengahkan.

Seharusnya UMNO harus membantu YAB Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu rakyat dan merealisasikan belanjawan 2021 untuk disegerakan.

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis berkenaan, tidak semestinya mewakili pandangan portal ini.