Kapal Tak Sampai: Zahid Jamin Kerjasama Penuh

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji untuk menjadi saksi dan memberi sepenuh kerjasama kepada Jawatan kuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebooknya sebentar tadi, beliau menjelaskan bahawa LCS dibina oleh anak syarikat Boustead Holdings Bhd, iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) yang mana pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi Boustead Holdings Berhad.

Katanya lagi, “Mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC”.

Zahid menegaskan bahawa beliau dengan sepenuh hati menyokong pendedahan PAC, dan berharap semoga ketelusan siasatannya akan diketahui umum.

Kontrak perolehan sebanyak 6 buah kapal perang jenis LCS yang ditandatangani pada tahun 2014 mencetus sensasi media apabila tidak sebuah pun daripada kapal-kapal tersebut yang berjaya diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Berdasarkan kepada laporan media, difahamkan kerajaan telah membayar sebanyak RM 6 billion kepada BNS dan dengan jumlah itu sepatutnya TLDM sudah memperolehi sebanyak 4 buah kapal, tetapi itu tidak berlaku.

Zahid adalah Menteri Pertahanan dari tahun 2009 sehingga 2013.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat