Ketua-Ketua Parti PN Setuju Tubuh Majlis Presiden

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti-parti Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Presiden Perikatan Nasional.

Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan Perikatan Nasional, Dato Seri Hamzah Zainuddin melalui kenyataan medianya sebentar tadi berkata, Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing adalah sebagai platform untuk membincangkan dasar- dasar Kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Pengerusi Perikatan Nasional, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Presiden MCA), YB Prof. Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian (Presiden SUPP) dan YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBB).

“Parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing sebagai platform untuk membincangkan dasar- dasar Kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

“Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional juga ditubuhkan,” jelas Hamzah lagi.

Ujarnya lagi, parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Turut hadir mewakili ketua-ketua parti yang lain adalah YB Datuk Amar Haji Awang Tengah (Timbalan Presiden PBB), YBhg. Datuk Joseph Salang Gandum (Timbalan Presiden PRS), YB Tuan Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBRS), YBrs. Tuan Edward Dagul (Timbalan Presiden SAPP), YB Datuk Paul Igai (Naib Presiden PDP), YBhg. Datuk Asojan Muniyandy (Setiausaha Agung MIC), dan YB Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi (Setiausaha Agung STAR). -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,454FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat