‘Saya bukan mahu cari gaduh, sebagai orang Sabah saya geram’ – Isnaraissah Munirah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis hari ini dengan tegas mempersoal kelewatan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri ldalam melaksanakan projek di negeri berkenaan.

Selain isu beliau turut menyatakan kekecewaan dan rasa ‘geram’ dengan catatan pembangunan yang menunjukkan Sabah berada di kedudukan tercorot berbanding negeri lain.

“Saya bukan mahu cari gaduh di sini tapi saya mahu mencari jalan penyelesaian sebab dan punca projek pembangunan Sabah mencatat jumlah paling corot dan lewat.

“Saya sedih dan kecewa sebab bila saya rujuk jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri), dari semua wilayah-wilayah itu Sabahlah yang paling tercorot.

“Mencatatkan paling rendah sehinggakan program dan projek di negeri masih di hanya dibelanjakan 46 peratus daripada RM6.7 billion.

“Sebagai orang Sabah saya geram,” katanya semasa mengajukan soalan tambahan pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat bertarikh 27 Jun lalu yang menunjukkan hanya dua peratus dibelanjakan daripada RM330 juta diperuntukkan untuk Sabah.

“Saya rujuk lagi jawapan kepada YB Semporna (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) bertarikh 6 November lalu, setakat 21 Oktober lalu hanya tujuh peratus saja dibelanja daripada RM330 juta.

“Apa sebenarnya yang berlaku YB? Saya mahu tahu apa fungsi yang kita tubuhkan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri? Apa fungsi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri.

“Bukan saja projek pembangunan dilaksanakan (Kerajaan) Persekutuan lewat, malah di negeri juga lewat.

“Jadi kita mahu cari penyelesaian untuk kita sama-sama menyelesaikan hal ini,” katanya.

Beliau turut meminta agar Ahli Parlimen dari Sabah diberi peluang bersama sama dalam setiap mesyuarat suku tahunan bagi menyelesaikan isu yang berlaku dalam projek pembangunan di Sabah

“Tolak dulu birokrasi, tolak dulu segala protokol. Marilah sama-sama kita selesaikan hal ini,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat