Aufahanie menghidupkan semula Lagu ‘Saat Hilang Cintamu’

- Advertisement -

Berat mata memandang berat lagi berat bahu yang memikul, itulah yang perlu dilalui oleh Aufahanie apabila menerima legasi sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarhamah Siti Sarah.

Lagu ‘Saat Hilang Cintamu’ secara rasminya telah dilancarkan pada hari ini, lagu ini bukan sahaja dinyanyikan semula tetapi mendapat susunan noda muzik  baharu oleh Ajai yang juga merupakan pencipta lagu tersebut.

Bagi penyanyi Aufahanie, semestinya peluang yang diberikan untuk menyanyikan lagu tersebut disambut dangan perasaan teruja ini kerana lagu berkenaan juga antara lagu kegemarannya sejak dahulu.

“Memang ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila dapat kembali ke studio dan merakamkan semula lagu berkenaan. Menariknya, susunan muzik kali ini lebih ‘segar dan besar’ membuatkan lagu ini ada keistimewaan tersendiri.

“Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu penghormatan kepada orang baru seperti saya untuk bekerjasama dengan komposer hebat dan ternama. Setidaknya saya berpeluang ingin menunjukkan sesuatu kepada pendengar menerusi Saat Hilang Cintamu,” kata penyanyi yang berusia 20 tahun ini.

Idea untuk merakam semula lagu ini tercetus apabila syarikat rakaman Indigital Music mahukan Aufahanie menyanyikan semula lagu ini sempena ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos yang lalu.

“Sebagai orang baru saya gembira apabila menjadi pilihan komposer popular seperti abang Ajai. Dia sendiri sudah menyaksikan saya semasa menjadi juri Big Stage baru-baru ini dan tahu apa kemampuan dan kekurangan diri.

“Memang banyak cabaran yang perlu dilalui semasa proses rakaman berlangsung meskipun lagu ini sudah ada. Apabila berada di dalam studio pasti perkara baharu yang perlu dipelajari dan itu merupakan proses yang harus dilalui,” Ujar Aufahanie

Untuk memberikan kelainan, pihak pengurusan telah meminta khimat empunya lagu berkenaan iaitu Ajai, untuk mengiringi nyanyian Aufahanie. Lagu tersebut telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pendengar yang mahukan versi studio diterbitkan.

Rentetan itu, Ajai mahu melakukan sesuatu yang lebih besar dan mahu Aufahanie merakamkan semula lagu ‘Saat Hilang Cintamu’ versi orkestra dan melancarkan lagu tersebut secara rasmi di semua platform digital.

Sebenarnya Ajai bercadang untuk menerbitkan single baharu sebelum menghasilkan album penuh untuk Aufahanie sebaik sahaja tamat program berkenaan. Sebagai Langkah pertama, Lagu ‘Saat hilangnya cintamu’ dikeluarkan dahulu sementara menantikan lagu baharunya.

Jelas Ajai, dia melihat kesungguhan dan kelebihan yang ada dalam diri gadis berkenaan serta percaya dia mampu menjadi seorang penyanyi yang baik pada masa hadapan.

“Untuk menjadi seorang penyanyi yang baik, mereka perlu mempunyai ilmu dalam beberapa aspek untuk menghidupkan lagu. Saya melihat Aufahanie ada ciri-ciri yang diperlukan dan tidak mustahil untuk dia menjadi lebih ‘besar’ pada masa hadapan.

“Aufahanie bukan sahaja tahu tentang teknikal untuk menyanyi tetapi juga dia berjaya menghidupkan semula ‘Saat Hilang Cintamu’ dengan versi sendiri tanpa mengikut cara Allahyarham Siti Sarah menyanyi.

“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua mampu menjadi penyanyi yang baik. Saya yakin sekiranya dia berada di landasan yang betul, dia akan menjadi penyanyi yang evergreen pada masa hadapan,” tambah Ajai.

Untuk rekod, ‘Saat Hilang Cintamu’  merupakan salah satu lagu yang terdapat dalam album ‘Mimpi Pun Sama’ yang dikeluarkan Siti Sarah pada 2003. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis oleh Musrad.

Untuk versi Aufahanie pula, Indigital Music bekerjasama dengan Wake The Baby sebagai penerbit bersama dan lagu ini dilancarkan secara rasmi pada 17 November 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat