Nilai Ringgit merudum RM4.74 sedolar AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ini apabila data terkini ekonomi negara maju itu yang lebih baik mungkin boleh mendorong lonjakan dalam hasil bon AS, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai pada 4.7425/7475 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jualan runcit AS yang lebih baik daripada jangkaan meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada September berbanding anggaran 0.3 peratus.

Pengeluaran perindustrian AS turut menunjukkan pertumbuhan yang sihat dengan kadar penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan mengukuh kepada 79.7 peratus pada September daripada 79.5 peratus sebelumnya.

“Justeru, pergerakan gandingan ringgit-dolar AS dijangka berada dalam julat RM4.73 hari ini dengan tumpuan terarah kepada konflik di Asia Barat,” kata Mohd Afzanizam lapor Bernama.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.7678/7739 daripada 5.7595/7632, lemah berbanding euro kepada 5.0100/0153 daripada 4.9973/5.0004 dan rendah berbanding yen kepada 3.1663/1699 daripada 3.1629/1651 penutupan semalam.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit turut diniagakan rendah pada sesi pembukaan.

Ringgit susut berbanding baht Thai kepada 13.0235/0426 daripada 13.0180/0319 dan rendah berbanding rupiah Indonesian pada 301.7/302.2 daripada 301.2/301.5 semalam.

Nilai ringgit turut merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4632/4671 daripada 3.4566/4590 dan rendah sedikit berbanding peso Filipina pada 8.36/8.38 berbanding 8.34/8.35 semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat