Tukar nama Timah, gambar lelaki berkopiah – Mufti Pulau Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjenamakan arak dengan Timah dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan iklan sejenis arak buatan tempatan yang diberi nama ‘timah’ dengan memaparkan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah.

Kata beliau, sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu yang mana ‘Timah’ ialah singkatan daripada nama Fatimah iaitu puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam.

“Pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu ini.

“Lebih memburukkan keadaan apabila gambar yang dipaparkan di botol minuman tersebut seolah-olah imej seorang yang beragama dengan kopiah dan janggutnya,” katanya.

Wan Salim berkata, bagi masyarakat Islam di negara ini yang mana di dalam Perlembagaan dinyatakan Islam sebagai agama Persekutuan, maka tidak sepatutnya Malaysia menjadi sebuah negara pengeluar wiski.

Jelas beliau, pihaknya tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kerajaan perlu mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya beserta gambar pada botolnya supaya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Ini demi memelihara suasana harmoni dalam hubungan antara pelbagai kaum di negara ini.

“Kita juga berharap para pemimpin politik tanah air terutama yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat