Polis Malaysia sedia kerjasama dengan Australia siasat penyelupan 450kg heroin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa Australia berhubung rampasan dadah terbesar di Australia membabitkan penyeludupan 450 kilogram (kg) yang melibatkan rakyat Malaysia.

Pengarah JSJN, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya terbuka untuk bersama-sama polis Australia bagi menjalankan siasatan terhadap penahanan rakyat Malaysia yang disyaki menyeludup dadah di negara berkenaan,

Katanya, semua tindakan perlu akan diambil JSJN dalam memastikan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.

“Media melaporkan seorang warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kg dadah jenis heroin bernilai RM 431.8 juta ke negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, pihak berkuasa Australia mengumumkan merampas dadah berkenaan menerusi satu siri serbuannya semalam.

Pegawai Kanan Polis, Krissy Barret berkata, ia juga adalah rampasan dadah terbesar di negara tersebut.

Kesemua bekalan dadah itu disembunyikan dalam kontena yang diisytiharkan membawa bungkusan berisi jubin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat