Arak jenama Timah bukan dilulus era pemerintahan Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Arak jenama “Timah” yang baru memasuki pasaran tempatan itu telah didaftarkan pada Ogos 2019 dan mendapat sijil kelulusan hak cipta pada Oktober 2020 yakni sebelum pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penggunaan nama Timah dan imej seorang yang berkopiah dengan janggut panjang mencetuskan kontroversi dan perdebatan hangat tentang kebenaran pengeluaran arak berkenaan.

Pun begitu, menurut paparan carian sijil Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), minuman keras dengan jenama Timah itu didaftarkan oleh pengeluarnya, Winepark Corporation (M) Sdn Bhd pada 6 Ogos 2019 dan menerima sijil pada 8 Oktober 2020.

Paparan sijil MyIPO dengan tarikh-tarikh itu sekali gus menangkis tohmahan dengan membuktikan arak jenama Timah itu bukan diluluskan ketika pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kerajaan semasa teruk dihentam kerana dituduh meluluskan pengeluaran arak dengan jenama Timah dan ketika pemerintahan Melayu-Islam.

Sijil MyIPO ini bukan bergantung kepada kelulusan kerajaan ia cuma polisi melindungi hak cipta terpelihara pengeluar bagi sesuatu produk keluaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat