Ahli Umno ada lebih 3 juta orang, bagusnya kalau setiap ahli sumbang RM50 untuk Najib- Puad

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Umno Datuk Puad Zarkashi mencadangkan, setiap ahli Umno menyumbang RM50 kepada tabung kutipan bagi membayar denda Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki tahanan rumah.

Kata Puad, hal ini memandangkan ahli Umno sudah melebihi 3 juta orang.

“Saya sokong saranan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Umno akan buat kutipan dana untuk bayar denda RM50 juta yang Najib kena bayar.

“Walaupun saya bukan lagi ahli Umno Insya-Allah saya pasti akan memberi sumbangan.

“Saya tetap yakin Najib mangsa dendam politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Oleh kerana Umno ada ahli melebihi 3 juta orang, maka alangkah baik kalau sejuta ahli menyumbang RM50. Dengan mudah RM50 juta sudah terkumpul.

Diharap saya tidak dicop penyibuk,” kata Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat