Tribunal Antibuli bakal ditubuhkan, bukti ketegasan Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani bercadang menubuhkan Tribunal Antibuli bagi menangani kes dengan lebih cepat, mesra mangsa, berorientasikan pemulihan dan berteraskan ekosistem yang melindungi kanak-kanak terutamanya bagi golongan rentan di bawah 18 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sinergi kerajaan, warga pendidik, NGO, ibu bapa, dan komuniti ini amat penting.

“Hari ini saya bersama sahabat saya, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta hampir 300 peserta menghadiri Sesi Townhall Antibuli #GenerasiTanpaBuli peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Sesi ini bertujuan untuk membincangkan dan mendengar pandangan umum berkaitan inisiatif dan strategi membanteras gejala buli.

“Antara cadangan yang dibincang termasuk penubuhan Tribunal Antibuli bagi menangani kes dengan lebih cepat, mesra mangsa, berorientasikan pemulihan dan berteraskan ekosistem yang melindungi kanak-kanak terutamanya bagi golongan rentan di bawah 18 tahun,” katanya.

Justeru Azalina memaklumkan, bagi memastikan penyelesaian isu ini bersifat inklusif, kerajaan amat mengalu-alukan maklum balas awam melalui platform portal PetaRI BHEUU, JPM: https://petari.bheuu.gov.my/

“Bersama, kita akan pastikan mesej ini jelas: Tiada ruang untuk buli di Malaysia! tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat