Pemuda Pas akan berdemo tolak RUU URA DAP 4 Okt ini di KL

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas konsisten dengan pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang telah dirangka dan dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Mohd Hafez Sabri berkata, sehubungan dengan pengumuman Himpunan #TolakURA yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda Pas dalam Muktamar Pas Pusat, Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan seluruh kekuatan di semua peringkat bagi menjayakan himpunan yang akan diadakan pada 4 Oktober 2025 di Kuala Lumpur.

“Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita bersatu dan bangkit bersama menyatakan bantahan terhadap RUU URA oleh DAP ini.

“Selagi mana URA kekal berat sebelah, memihak semata-mata kepada pemaju dan tidak melindungi kepentingan penduduk, Pemuda Pas akan terus menentangnya dengan apa jua cara yang sah, selagi tidak bertentangan dengan undang-undang dan kerangka demokrasi negara,” tegas Adun Manjoi itu dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Hafez lagi, Pemuda Pas juga menggesa kepada seluruh jentera Pemuda Pas di negeri-negeri dan di kawasan-kawasan untuk mobilisasi rakyat hadir ke himpunan tolak URA ini.

“Seluruh pemuda Pas di setiap negeri dan kawasan diarahkan untuk menganjurkan siri penerangan serta jelajah ceramah #TolakURA bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang keburukan pelaksanaan URA.

“Selain itu, Pemuda Pas juga ingin membuat jemputan terbuka kepada semua parti-parti politik, NGO – NGO dan NGI yang menolak URA ini untuk bersama kami dalam JK Khas Himpunan bagi menjayakan Himpunan Bantah URA pada 4 Oktober 2025 ini,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat