MB, Exco Selangor Angkat Sumpah Isnin Ini

- Advertisement -

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri akan mengangkat sumpah dalam satu istiadat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Isnin ini.

Selangor Royal Office dalam hantaran di Facebook rasmi hari ini memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor pada jam 11 pagi dan barisan exco pada jam 2 petang.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor pada Sabtu lepas, menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menguasai 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calon Menteri Besar sekiranya gabungan PH-BN memenangi PRN itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat