SEREMBAN – Seramai 103 calon daripada tujuh parti atau gabungan serta calon Bebas disahkan bertanding merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 selepas proses penamaan calon selesai hari ini.
Pakatan Harapan (PH) menjadi satu-satunya gabungan yang meletakkan calon di semua 36 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) di 25 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di 24 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) di 11 kerusi.
Turut bertanding ialah empat calon Bebas serta masing-masing seorang calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Pertandingan kali ini menyaksikan 21 kerusi berdepan saingan tiga penjuru, 11 kerusi menyaksikan pertandingan satu lawan satu, manakala masing-masing dua kerusi melibatkan pertembungan empat dan lima penjuru.
Dua kerusi yang menyaksikan pertandingan lima penjuru ialah Nilai dan Sri Tanjung, manakala Jeram Padang serta Rahang berdepan saingan empat penjuru.
Antara pertembungan utama ialah di Chennah apabila Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dicabar calon BN, Siow Kong Choon atau John Siow dalam pertandingan satu lawan satu.
Di Rantau, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat akan mempertahankan kerusi itu berdepan calon PH, Dr Hakim.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun pula berpindah dari Sikamat untuk bertanding di Linggi. Beliau berdepan calon BN, Datuk Mohd Faizal Ramli dan calon Bersatu, Datuk Zamri Md Said.
Kerusi Sikamat yang ditinggalkan Aminuddin menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PH, Nor Azman Mohamad; calon Bersatu, Tun Faisal dan calon PN, Datuk Razali.
Di Seri Menanti, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin yang mewakili Bersatu berdepan calon BN, Ustaz Sufian dan Kamarul Arifin Wafa daripada PH.
Bekas aktivis antijenayah, S. Sanjeevan pula bertanding atas tiket Bersatu di Jeram Padang. Beliau berdepan Manivanan Gowin daripada PH, Mohd Zaidy Abdul Kadir daripada BN dan Dayana Dal daripada ASLI.
Pertembungan menarik turut berlaku di Gemas apabila penyandangnya, Ridzuan Ahmad yang bertanding atas tiket PN berdepan calon Bersatu, Azman Abdullah dan Siti Aishah daripada PH.
Di beberapa kerusi termasuk Klawang, Serting, Sikamat, Ampangan, Mambau, Paroi, Bagan Pinang dan Gemas, Bersatu serta PN masing-masing meletakkan calon, sekali gus menyaksikan pertembungan sesama bekas sekutu selain berdepan PH atau BN.
Di Nilai, calon PH, J. Arul Kumar menghadapi saingan Alan Lai daripada BN, Saravana Kumar Veerasamy daripada Bersatu, Zamani Ibrahim daripada Berjasa dan calon Bebas, Omar Mohd Isa yang menggunakan simbol kunci.
Sri Tanjung turut menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan Dr Raja daripada PH, Acu daripada BN, Leevinesh Murugan daripada Bersatu serta dua calon Bebas, Datuk A. Saravanan dan Islah Wahyudi Zainudin.
Sebelas kerusi yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu ialah Chennah, Bahau, Lobak, Pilah, Johol, Bukit Kepayang, Chembong, Rantau, Chuah, Gemencheh dan Repah.
Proses penamaan calon hari ini membuka gelanggang kempen sehingga tengah malam 31 Julai, sebelum pengundi Negeri Sembilan membuat pilihan pada 1 Ogos.
Sebanyak 36 kerusi DUN dipertaruhkan dengan mana-mana parti atau gabungan memerlukan sekurang-kurangnya 19 kerusi bagi memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Senarai rasmi calon mengikut DUN:
N.01 Chennah
1. Siow Kong Choon (John) – BN
2. Loke Siew Fook – PH
N.02 Pertang
1. Jalaluddin Alias – BN
2. Mohd Umry – PH
3. Bang Chik (Faizal) – Bersatu
N.03 Sungai Lui
1. Mohd Razi Mohd Ali – BN
2. Mazrulhisham Abd Mansor – Bersatu
3. Cikgu Zainal Fikri – PH
N.04 Klawang
1. Adib Musa – Bersatu
2. Danni Rais – PN
3. Bakri Sawir – PH
N.05 Serting
1. Ustaz Fairuz Isa – PN
2. Affendy Salleh – Bersatu
3. Yaacob Mahmood – PH
N.06 Palong
1. Mustapha Nagoor @ Pak Mus – BN
2. Zahin Zinal @ Bong – PH
3. Rebin Birham – Bersatu
N.07 Jeram Padang
1. Sanjeevan – Bersatu
2. Manivanan Gowin – PH
3. Dayana Dal – ASLI
4. Mohd Zaidy Abdul Kadir – BN
N.08 Bahau
1. Teo Kok Seong – PH
2. Chong Fui Ming – BN
N.09 Lenggeng
1. Hajah Zarinna – PH
2. Hj Asna – BN
3. Zool Amali Hussin – Bersatu
N.10 Nilai
1. Zamani Ibrahim – Berjasa
2. J. Arul Kumar – PH
3. Omar Mohd Isa – Bebas (Kunci)
4. Alan Lai – BN
5. Saravana Kumar Veerasamy – Bersatu
N.11 Lobak
1. P.M. Kumar – PN
2. Chew Seh Yong – PH
N.12 Temiang
1. Ho Weng Wah – PH
2. Leaw Kok Chan – BN
3. Fazly Hamid – Bersatu
N.13 Sikamat
1. Tun Faisal – Bersatu
2. Datuk Razali – PN
3. Nor Azman Mohamad – PH
N.14 Ampangan
1. Nazri Kassim – PH
2. Azzah Harun – Bersatu
3. Dato’ Dr Mohamad Rafie Ab Malek – PN
N.15 Juasseh
1. Mohd Zuhaimi Md Yusof – Bersatu
2. Dato’ Ismail Lasim – BN
3. Aidil – PH
N.16 Seri Menanti
1. Ustaz Sufian – BN
2. Kamarul Arifin Wafa – PH
3. Dato’ Seri Megat – Bersatu
N.17 Senaling
1. Mohamad Qayyum Abd Jalil – BN
2. Mohd Izaffi – Bersatu
3. Hanis Alimin – PH
N.18 Pilah
1. S. Leza – BN
2. Noorzunita Begum – PH
N.19 Johol
1. Zailan Munawar – PH
2. Hj Saiful Yazan Sulaiman – BN
N.20 Labu
1. Dato’ Ahmad Faez – PH
2. Anip Abu Baker – Bersatu
3. Maira Hasim – BN
N.21 Bukit Kepayang
1. Nicole Tan – PH
2. Ah Boon – PN
N.22 Rahang
1. Siau Meow Kong – PH
2. Cikgu Tina – PSM
3. Yap Siok Moy (Ah Moy) – BN
4. Tang Jay Son – Bersatu
N.23 Mambau
1. Lee Kai Yet – PH
2. Sarawanan Nagayah – Bersatu
3. Erik Michael – PN
N.24 Seremban Jaya
1. Thinalan T. Rajagopalu – BN
2. Mahendran Ramasamy – Bersatu
3. S. Mugunthan – PH
N.25 Paroi
1. Ustaz Shahir – PH
2. Hj Nazree Yunus – Bersatu
3. Hj Kamarol Ridzuan – PN
N.26 Chembong
1. Danish Nazran – PH
2. Dato’ Haji Zaifulbahri Haji Idris – BN
N.27 Rantau
1. Dr Hakim – PH
2. Tok Mat – BN
N.28 Kota
1. Akmal @ Aboy – Bersatu
2. Ustaz Allif Ibrahim – PH
3. Suhaimi Aini – BN
N.29 Chuah
1. Ah Pau – BN
2. Yew Boon Lye – PH
N.30 Lukut
1. Choo Ken Hwa – PH
2. Sathes – PN
3. Ah Lee – Bebas (Kuda)
N.31 Bagan Pinang
1. Sheikh Junaidy – Bersatu
2. Ustaz Fatah – PN
3. Nasir Raman – PH
N.32 Linggi
1. Dato’ Hj Zamri Md Said – Bersatu
2. Dato’ Mohd Faizal Ramli – BN
3. Aminuddin Harun – PH
N.33 Sri Tanjung
1. Acu – BN
2. Datuk A. Saravanan – Bebas (Pokok)
3. Leevinesh Murugan – Bersatu
4. Islah Wahyudi Zainudin – Bebas (Perahu)
5. Dr Raja – PH
N.34 Gemas
1. Azman Abdullah – Bersatu
2. Haji Ridzuan Ahmad – PN
3. Siti Aishah – PH
N.35 Gemencheh
1. Suhaimizan Bizar (Hai) – BN
2. Dato’ Abd Latif – PH
N.36 Repah
1. Koh Kim Swee (Ah Swee) – BN
2. Veerapan Superamaniam – PH



