Rakyat cuma mahu Titah Addendum dilaksana, tak mahu tahu pun kesediaan PM jumpa Umno

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan menegaskan rakyat hanya menuntut Titah Addendum dilaksana terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk mengatur pertemuan dengan pimpinan Umno bagi membincang dan menjelaskan hal terkait Titah Addendum Najib.

“Tidak payah buang masa jumpa . Apa mahu kelentong dan sorok lagi . Laksanakan Titah Addendum untuk #Bossku Najib Razak dengan segera . Kami sudah tidak percaya pada anda Anwar Ibrahim lagi.

“Rakyat tak nak tahu sama ada pemimpin-pemipin Umno mahu berjumpa dengan beliau atau tidak.

“Rakyat tak nak tahu bila dan di mana mereka hendak berjumpa, jika pemimpin-pemimpin Umno bersetuju.

Sebaliknya tegas Cheng Guan, rakyat hanya mahu titah tersebut dilaksanakan, selari dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan yang mengesahkan kewujudannya.

“Begitu juga selari dengan pengakuan Peguam Negara mengesahkan kewujudannya.

“Peguam Negara kerajaan pimpinan beliau sudah pun memohon gag Order Titah Addendum.

“Tak perlu bincang dan jumpa lagi untuk memperkatakannya. Hanya laksanakan sahaja titah tersebut.

“Susah sangat ke nak laksanakannya? Jumpa pun tak guna kerana semua yang keluar dari mulut pun adalah pembohongan ,” bidas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat