Najib Kecewa Pak Kadir Tak Hirau Jemputan Makan Tengah Hari

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kerana tidak menghiraukan jemputan untuk makan tengah hari bersama, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kembali mengajukan soalan-soalan panas kepada tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Najib melalui laman Facebook berkata ‘kecewa’ apabila Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak memberikan sebarang jawapan terhadap ajakan tersebut.

“Kecewa dengan Pak Kadir yang tak hirau jemputan lunch dengan saya minggu lepas.

“Mana ada warga Malaysia yang tolak ikan patin masak tempoyak?”

“Sebab dia tak mahu lunch, maka saya tanya dia di sini sahaja,”katanya secara sinis kepada Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Najib seterusnya meminta Kadir menjelaskan pendiriannya terhadap isu yang membabitkan projek pembinaan Bandar Malaysia.

“Kerajaan BN dulu telah batal penjualan Bandar Malaysia kepada konsortium Malaysia-China sebab kita berjaya mencari cara lebih baik untuk membangunkan projek tersebut bagi memastikan keuntungan lebih besar dalam tempoh 20 tahun.

“Kita mampu mengaut keuntungan mencecah RM92 bilion bagi projek tersebut.

“Tapi masuk kerajaan PH saja, boss dia dan Menteri Kewayangan tersayang dia jual balik ke konsortium Malaysia-China yang sama dengan syarat-syarat yang sama,” jelas Najib.

Najib turut meminta penjelasan Kadir berhubung keputusan kerajaan Pakatan Harapan yang menyerahkan projek tersebut kepada syarikat China.

“Pak Kadir tuduh Najib jual negara kepada China sebab jual projek Bandar Malaysia. Pak Kadir kata Melayu hilang di dunia dengan penjualan ini. Lalu Najib batalkan penjualan. Mahu kerajaan bangunkan sendiri.

“Boss Pak Kadir pula telah pulihkan penjualan yang Najib batal itu tapi Pak Kadir tak sedih bahawa boss dia jual negara kepada China? Melayu tak hilang di dunia ke? soalnya pula.

Pautan asal hantaran Najib boleh dirujuk disini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat