DAP Desak Muhyiddin Iktiraf UEC

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mengotakan janji untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagaimana dijanjikan beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sewaktu masih bersama Pakatan Harapan (PH).

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, ketiadaan Muhyiddin dan Bersatu dalam PH dengan beliau dan partinya kini mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan satu alasan baik untuk mengenepikan janji pengiktirafan yang pernah dipersetujui mereka.

Menurutnya, beliau pernah memberitahu Muhyiddin bahawa janji pengiktirafan UEC adalah janji DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan ia juga akan dimasukkan semula sebagai janji manifesto PH sewaktu ditubuhkan.

“Sebelum PRU14, Muhyiddin pernah mengatakan beliau tidak bersetuju dengan pengiktirafan UEC jika PH menang dlm PRU nanti (melalui wawancara khas bersama akhbar Sin Chew Daily pada 10 Januari 2017).

“Saya memandang serius dan pernah memberitahu Muhyiddin bahawa pengiktirafan UEC adalah janji DAP dan PR, ia juga akan dijanji semula dlm manifesto PH nanti.

“Beliau seharusnya menghormati pendirian DAP dan PH sebagai ‘orang baru’ dalam PH (akhirnya Muhyiddin dan Bersatu pun bersetuju janji pengiktirafan UEC dimasukkan dlm manifesto PH),” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Ronnie berkata, beliau berharap Muhyiddin tidak akan lupa rasional di sebalik usaha pengiktirafan UEC sebagaimana dibentangkan DAP sebelum ini dengan beliau diharapkan akan terus memberikan pengiktirafan kepada sijil itu.

“Beliau (Muhyiddin) dan Bersatu tidak lagi dalam PH bukan satu alasan atau pun ‘excuse’ yang baik.

“Janji mesti dikotakan dan bukan ‘dicapati'” katanya.

Semalam media tempatan melaporkan dakwaan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) bahawa Muhyiddin secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.

Menurut pertubuhan itu, Muhyiddin menyatakan harapan tersebut semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen kelmarin.

Dalam satu kenyataan, Huazong berkata, Muhyiddin menyatakan kesanggupan kerajaan berunding dengan mereka serta pertubuhan lain mengenai isu UEC.

“Bagaimanapun Perdana Menteri meminta semua pihak memahami dasar dan keadaan dalam negara,” kata pertubuhan itu.

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Berita Berkaitan

150,597 Pencari Kerja Berjaya Dapat Perkerjaan Melalui 12 Program Kerajaan – PM

KUALA LUMPUR - Sebanyak 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan setakat 23 April lepas, kata Perdana Menteri Tan...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Zahid Hamidi Desak Kerajaan Segera Tubuhkan RCI

CYBERJAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan...